Buat kerja macam biasa salah, tak buat kerja di waktu rehat pun salah. Persepsi negatif akan sentiasa datang dari mereka yang tidak senang melihat orang lain melaksanakan tanggungjawab sedangkan mereka sendiri tidak melakukannya.

76 130

Walau kali ini raya kita berbeza, bersyukurlah kerana masih diberi kesempatan menyambutnya. Raya ni boleh buat panggilan telefon atau video dengan keluarga. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin ❤

23 93

Terkini dilaporkan telah berlaku pertembungan berbalas serangan antara Briged Izzudin Al Qassam dengan tentera Zionis. Mari kita bersama-sama doakan Palestin. Allahuakbar! 🤲🏻

1001 1467



Bagi yang mengenali rapat pengasas pasti tahu Allahyarham merupakan peminat band legend dari Indonesia ni. Sempena ulang tahun SO7 hari ini, kami nak share antara artworknya dari tahun 2016 hingga 2019.

30 122

Adakalanya kenyataan yang dikeluarkan disalahtafsir lalu membangkitkan kemarahan terhadap sesuatu isu itu. Tambahan pula kebanyakan rakyat Malaysia lebih suka membaca tajuk sahaja berbanding isi berita.

163 268

Sebelum ini tular seorang bayi sedang bertarung 2 jenis kanser di usia 5 bulan & semalam adik Ammar bin Zulhairy telah kembali kepada penciptaNya. Sungguh kanser tak kira usia. Takziah buat keluarga adik Ammar. Semoga tabah menghadapi ujian ini.

158 365

Peristiwa Nuzul Al-Quran berlaku di mana turunnya ayat Al-Quran yg pertama kpd Nabi Muhammad secara berperingkat hingga menjadi lengkap sebagai sebuah petunjuk buat manusia. Jom manfaatkan masa membaca Al-Quran & memahami isinya.

214 346

Bagi pengguna telefon pintar Iphone pasti mengenali siapa Steve Jobs. Tapi tahukah korang, semalam 1 April merupakan ulang tahun syarikat perusahaan teknologi Apple yang ke-45 tahun. Korang pengguna ios ke android? Min guna dua-dua 🙈

22 96



Setiap tahun, tarikh 2 April merupakan Hari Kesedaran Autism Sedunia bagi memupuk kesedaran masyarakat untuk lebih peka, prihatin dan memahami keperluan mereka yang mempunyai Autism.

67 127

1 April 2021 genaplah 25 tahun bintang hati Malaysia, Dato' Sri Siti Nurhaliza menyinari industri seni tanah air. Kami doakan semoga terus maju jaya dalam kerjaya. Korang minat lagu Tokti yang mana? Cer komen min nak tengok 😍

90 290



Sebagai tanda penghormatan kpd Tan Sri P.Ramlee sempena bulan kelahirannya, kami nak kongsi lukisan Allahyarham dari tahun 2017 hingga 2020. Al-Fatihah kpd kedua-dua insan seni ini.

71 208

Air sumber terpenting dlm hidup. Hari Air Sedunia disambut pd 22 Mac setiap tahun & tema tahun 2021 ialah "Valuing Water" utk memberi kesedaran kpd semua tentang kepentingan sumber air yg bersih demi memastikan kelestarian alam sekitar.

31 90

Tarikh 8 Mac saban tahun mungkin akan terus diingati oleh rakyat Malaysia kerana berlakunya tragedi dalam sejarah penerbangan negara dengan kehilangan penuh misteri pesawat penerbangan Malaysia Airlines MH370 genap tujuh tahun lepas.

103 239

Allah lebih mencintai tangisan taubat seorang pendosa drpd lantunan tasbih orang soleh yg sombong. Oleh itu, jangan buruk sangka pd orang hanya kerana kita rasa kita lebih baik tetapi ajaklah mereka ke arah kebaikan bersama-sama.

242 513

Baru-baru ini dikhabarkan Mohd Afiq Ikmal, 23, kritikal di Hospital Selayang kerana komplikasi hati. Hari ini, penerima hati pertama negara ketika berusia 14 bulan itu meninggal dunia. Takziah buat keluarga Allahyarham.#ArtortoiseMY

64 120

Setelah beberapa kali tertangguh, waktu dinantikan oleh calon SPM 2020 akhirnya tiba. Semoga segala dugaan yang adik² lalui sejak setahun lepas bakal terbalas dengan keputusan cemerlang nanti. Selamat menduduki SPM semua.

66 149

Selamat Menyambut Hari Wilayah Persekutuan 2021 & selamat bercuti kpd warga Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya. Kekal duduk di rumah jika tiada urusan penting di luar & sentiasa amalkan SOP. Jaga diri serta keluarga.

30 100