//=time() ?>
Atas Awan
"Pengembara itu sudah jauh berjalan. Wulu cumbu sadung renjana. Rawan hatinya, mengenangkan kekasih turunan atas awan yang dia tinggalkan. Hatinya berpujangga, apakah dia melihat pada purnama raya yang sama?"
Rani
"Kapal dagangnya berbundung-bundung, menjaguh emas, rempah dan sutera. Tenteranya tinta titah Maharani, setia ke hujung nyawa. Lautan ini di telapak kakinya."
Srikandi Anak Lesung
"Maka dibesarkan mereka masing ahli dalam sulap dan memanah. Tongkat Si Kalsom, memancar sumpah dari suria terbit ke teja ke bintang malam. Anak panah Si Kesuma mendahagakan darah, persis tuan empunya. Bersama, ini alur petualang, Srikandi Anak Lesung"
"Aku sarung baju sutera ku yang paling cantik. Aku pakai perhiasan-perhiasan ku yang pancak semuanya. Bekas air ku tembikar dan tembaga. Kain kemasan ku berbenang emas. Aku punya masa, tenang jiwa tenteram, bagai mengapung di sungai diam."
Malam ini tiada pujangga. Cuma ada bingkisan seni sahaja. Penat akal memikirkan benda tak berguna. Penat hati mengenangkan diri yang dipersia. Selamat malam ✨
Look at this background that I made for "Mahkota Dan Azimat", It's so satisfying for me to do ✨