//=time() ?>
@twt_seni Waalaikumsalam.
Hi, Luqman here 👋🏻
Mainly do pencil-based portrait commissions. My IG @luqkis_20
Also baru berjinak-jinak with digital art; Pokémon (welp this been in wip for 4 months) and dinosaur.
Fosil pertama Siamodon berupa rahang atas kiri, sebatang gigi atas berasingan dan serpihan tengkorak. Nama Siamodon bermaksud ‘gigi Siam’; Siam ialah nama lama Thailand, odous ialah perkataan Yunani bagi gigi.
Fosil rahang iguanodontia pernah ditemukan di Thailand sejak tahun 2005, namun tiada spesies yang pernah dinamakan. Pada 2011, sebuah fosil rahang bawah kiri iguanodontia berukuran 19.81 cm ditemukan di kawasan Formasi Khok Kruat yang berusia sekitar 120 hingga 113 juta tahun.
2.IGUANODONTIA
Fosil gigi iguanodontia berukuran 1.5 cm ditemukan pada Oktober 2014, termendap dalam batuan konglomerat di persisiran Sungai Cicir di Hulu Terengganu. Kajian tersebut dilaksanakan oleh Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia dan Kumpulan Warisan Geologi Malaysia.
Penemuan cebisan tulang belakang, leher, jari, pinggul dan ekor spinosauridae di Formasi Khok Kruat pada tahun 2004 serta tulang ekor di Formasi Sao Khua pada 2019 mempunyai persamaan struktur dengan spesies yang berasal dari Eropah, Baryonyx walkeri.
Penemuan fosil gigi spinosauridae di Thailand berlaku lebih awal, iaitu sekitar tahun 1980-an di Formasi Sao Khua yang berusia 129.4 hingga 125 juta tahun lalu. Pada 1986, fosil ini diberi nama Siamosaurus suteethorni.
Spesies yang dijumpai di Laos dikenali sebagai Ichthyovenator laosensis. Tinggalan fosil Ichthyovenator berupa sebahagian tulang belakang dan pinggul, berserta cebisan rusuk ditemukan di Formasi Grès supérieurs yang berusia 125 hingga 113 juta tahun lalu pada tahun 2010.
1.SPINOSAURIDAE
Fosil dinosaur pertama di Malaysia ditemukan pada Februari 2014 melalui sebuah kajian lapangan kumpulan penyelidik daripada Jabatan Geologi, Fakulti Sains, Universiti Malaya yang juga disertai wakil daripada dua buah universiti Jepun, ...
Bersempena #DinosaurDay, jadi nak kongsi lukisan sendiri spesies-spesies dinosaur yang ada di Malaysia, serta beberapa info. Lukisan-lukisan ini hanya spekulasi sendiri.