//=time() ?>
@tlyadeen @brotulerz94 Antara ikan yg berevolusi ke darat namanya Tiktaalik
Jadi inilah norma morfologi baharu bagi Spinosaurus, raksasa pelik pemakan ikan yang hidup sekitar 112 hingga 93.5 juta tahun lalu di Afrika Utara. Dan bentuk ini juga mungkin dok akang kekal lame. Penemuan baharu akan sentiasa ada. Spinosaurus akan terus berada di dalam enigma.
Dan bukan sahaja Spinosaurus yang telah mencabar persepsi tradisional tentang dinosaur, penemuan-penemuan baharu dinosaur lain seperti Halszkaraptor, Kulindadromeus, Psittacosaurus, Microraptor etc. juga pernah mencetus kontroversi sama, tapi itu cerita di kemudian hari.
Kemudian bermula dari tengah, bentuk ekor menjadi lebih leper dan seterusnya semakin leper sehingga ke hujung. Secara ringkasnya, ekor Spinosaurus berbentuk macam pendayung perahu. Dengan menggoyangkan ekornya ke kiri dan kanan macam buaya, Spinosaurus mampu berenang dengan baik.
Dan pada tahun 2020, Spinosaurus sekali lagi menggemparkan dunia paleontologi. Ibrahim menerbitkan satu lagi penemuan dan kali ni melibatkan bahagian ekor Spinosaurus. Penemuan tulang ekor Spinosaurus baharu oleh Ibrahim menunjukkan bentuk ekor yang terbaru bagi Spinosaurus.
Buktinya Spinosaurus sendiri dah berapa kali bertukar rupa, berdasarkan bukti penemuan paleontologi pada masa itu.
Biarpun begitu, lebih ramai ahli paleontologi yang menerima penemuan Ibrahim tentang Spinosaurus, dan bina semula terbaru spesies itu akhirnya diterima umum.
Berpandukan penemuan lama dengan ukuran teliti, Ibrahim cetuskan bina semula terbaru Spinosaurus. Spinosaurus sekarang digambarkan dengan kaki belakang yang pendek, dan berjalan dengan empat kaki. Ia merupakan dinosaur pemakan ikan besar yang aktif berenang.
Jadi berpandukan Baryonyx, gambaran Spinosaurus terus berubah. Berdasarkan morfologi baru ni, Spinosaurus ialah dinosaur pemangsa bipedal (berjalan dengan dua kaki) yang sangat besar dan secara faktanya lebih besar daripada Tyrannosaurus rex, atau T. rex.